Friday 27 July 2012

Punca -punca Masalah Pembelajaran dalam Kanak-kanak

        
Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Namun demikian masih terdapat pelbagai kekangan dalam mencapai impian tersebut. Oleh itu ada kalanya Ibu bapa dan guru-guru membuat tanggapan-tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas, tidak bermotivasi, lembap atau asyik bermain sahaja.

Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak dan sebagainya. Kanak-kanak yang berada dalam golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kebanyakan daripada mereka yang mengalami satu atau lebih masalah psikologi asas yang membabitkan proses memahami atau menggunakan bahasa dalam pertuturan dan penulisan, Ang Huat Bin (1999). Namun bagi K.A Razhiyah (2006), kanak-kanak bermasalah dalam pelajaran sebenarnya unik. Mereka lemah dalam sesuatu bidang tetapi hebat dalam bidang yang lain. Mereka mempunyai bakat dan boleh berjaya.

No comments:

Post a Comment