Saturday 8 September 2012

Peribahasa Bermula Huruf A


Peribahasa
Maknanya
Ada air, adalah ikan.
Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.
Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.
Ada angin, ada pokoknya (= pohonnya).
Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.
Ada bangkai, adalah hering.
Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya.
Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.
Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.
Ada batang, cendawan tumbuh.
Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.
Ada beras, taruh dalam padi.
Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
Ada biduk, serempu pula.
Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.
Ada bukit, ada paya.
Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.
Ada gula, ada semut.
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
Ada hari, ada nasi.
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.
Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.
Ada jarum hendaklah ada benangnya.
Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.
Ada kerak, ada nasi.
Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.
Ada laut, ada perampok.
Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.
Ada nasi di balik kerak.
Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.
Ada nyawa ada rezeki.
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
Ada padang, ada belalang
Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
Ada padi masak, adalah pipit.
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
Ada padi, segala menjadi.
Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
Ada pasang surutnya.
Untung dan malang tidak tetap.                    

Gugurnya Kelopak Itu...


Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..al-fatihah

~tinta lughahwi~


Sumber : http://blog.azhad.com/2008/05/sajak-untuk-ibu.html

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam


Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.


Sumber : http://members.tripod.com/isma_il/bangau.html

PENGURUSAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH



1.0 PELAN DAN LOKASI BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH



1.1 Pengenalan



SK St. Dominic Kampung Pichin terletak di daerah Serian iaitu di jalan Serian Tebedu. Perjalanan dari Kuching ke Daerah Serian jaraknya kira-kira 60 kilometer memakan masa kurang dari satu jam dengan kemudahan jalanraya yang sangat baik. Dari Pekan Serian, untuk terus ke kampong Pichin, perjalanan melalui jalan Serian /Tebedu hanya sejauh kira-kira 11 kilometer dengan melalui lebuh raya. Saya memilih sekolah ini untuk menjalankan projek kerja kursus Pendidikan Seni kerana lokasinya berdekatan dengan rumah saya dan memudahkan saya untuk melawat dan mengkaji bilik pendidikan seni yang ada di sekolah rendah. Sekolah ini terletak di atas kawasan tanah tinggi yang agak luas dan mempunyai banyak kemudahan seperti dewan serbaguna, bilik perpustakaan, padang bola sepak, bilik bengkel, bilik dapur RMT dan bilik Pendidikan Seni Visual.



Apa yang saya hendak fokuskan ialah kedudukan bilik pendidikan seni visual. Ia terletak di tempat yang strategik, iaitu dekat dengan bilik-bilik darjah. Kedudukannya yang dekat dengan bilik darjah telah memudahkan segala aktiviti murid. Murid hanya mengambil masa yang singkat iaitu kira-kira 3 minit tiga hingga 4 minit untuk bergerak ke bilik seni. Bilik seni sekolah ini agak lengkap, kemas, selesa dan menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.



Bilik ini mempunyai kemudahan asas seperti perabot yang sesuai iaitu kerusi kaku yang tidak bersandar.Terdapat bahan P&P yang sesuai diletakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain-lain. Alat P&P seperti ruang LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain juga ada disediakan. Peralatan PSV yang digunakan untuk menghasilkan produk disusun dengan kemas. Bahagian pameran hasil kerja murid,poster keselamatan dan papan maklumat ada disediakan walaupun ruang pamerannya agak terhad. Singki air dan stor juga disediakan walaupun kurang mencukupi dari segi ruang dan kuantiti.



Menurut pensyarah di Jabatan Seni UPSI, Hassan Mohd. Ghazali dalam blognya, http://senivisual2.blogspot.com , Posted by SENI VISUAL at Tuesday, April 12, 2011 , kekuatan Pendidikan Seni Visual disekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Saya juga bersetuju dengan pendapat beliau walaupun saya tidak mahir tentang bidang seni. Daripada pengamatan saya, mana-mana guru PSV yang 'bagus' kebiasaannya bilik/studio Seni Visualnya juga menarik.Titik tolak kepada pengajaran yang sempurna dalam bidang Pendidikan Seni Visual ialah lokasi tempat belajar. Oleh itu ,guru-guru PSV, terutama guru panatia/kanan perlu bersiap untuk mewujudkan bilik seni yang standard iaitu mempunyai kemudahan yang lengkap dan menarik.


2.0 PENGURUSAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.1 Pengenalan

Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan.

Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid.

Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan. Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan.

2.2 Pengurusan Bilik Seni

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalammelaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di manasekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih darihanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru danpenggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harianbilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual,tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakanpelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran danPembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelassupaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancer. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni.

2.3 Pengurusan Ruang Pendidikan seni Visual berkonsepkan Futuristik

Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui peredaran masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual. Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap.
Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. Konsep bilik seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil, ruang pejabat seni, ruang akses ICT, stor dan sebagainya.
Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkarya-pengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkara-perkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan ruang atau prasarana yang kontemporari.

Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut :


1. Trapuitik

Bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio senimelambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan maknakepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjahdan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetikyang bermakna. Dalam modul PSV3104, Koster,(2001) ada menyatakan bahawa persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar.

2. Perabot yang Sesuai

Perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkanperaturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran berjalan dengan lancar.

3. Bahan P&P

Terdapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain-lain.Keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan dia antara satu sama lain.bahan-bahan P&P boleh disimpan di rak simpanan.Kedudukan rak- rak simpanan perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil.

4. Alat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain perlu disediakan dalam bilik seni untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat ini hendaklah berada di ruang akses ICT. Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan.

Seperti yang telah dinyatakan, bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama.

5. Peralatan PSV

Alat-alat yang digunakan untuk penghasilan produk misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya. Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul danmengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak cepat rosak.

6. Bahagian Pameran

Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut.Ruang pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi hasil semasa dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk.

7. Singki Air

Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P. Singki air penting untuk murid-murid mendapatkan sumber air dan membasuh bahan seperti berus dan bekas warna.

8. Stor

Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P.
Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor.

Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya.

Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah.